Rabiah
Basri atau lebih dikenali sebagai Rabiah
al-Adwiyah atau Rabiatul Adawiyah adalah antara salah seorang
wanita yang awal memeluk agama Islam. Beliau telah meninggalkan segala-galanya
yang bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuhnya dirinya kepada Allah سبحانه وتعالى.
Rabiatul
Adawiyah telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai empat
orang adik beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-macam cerita yang
pelik.Pada malam beliau dilahirkan, di rumahnya tidak mempunyai apa-apa bahkan
minyak untuk menyalakan lampu pun tiada. Malahan sehelai kain untuk membalut
dirinya apabila dilahirkan kelak juga tidak ada.
Ibu
Rabiah meminta ayahnya supaya meminjam pelita minyak daripada jiran mereka. Ini
merupakan cubaan bagi si ayah yang malang itu.
Sebelum
itu ayahnya telah berjanji kepada Allah سبحانه وتعالى
untuk tidak meminta pertolongan dari sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka
ayahnya pun terpaksa pergi juga ke rumah jirannya.
Sebaik
saja tiba di rumah jirannya, ayahnya terus mengetuk pintu rumah jirannya itu.
Malangnya tiada jawapan pun dari dalam rumah itu. ayahnya berasa lega dan
mengucap syukur kepada Allah سبحانه وتعالى
kerana tidak ingkar pada janjinya. Kemudian ayahnya pun pulang ke rumahnya dan
terus tidur dipembaringan.
Pada
malam itu ayahnya bermimpi bertemu Nabi Muhammad ﷺ. Dalam mimpinya itu Nabi Muhammad ﷺ telah memberikan tanda kepadanya dengan menyatakan bahawa
anaknya yang bakal dilahirkan itu telah ditakdirkan akan menduduki tempat
paling tinggi di sisi Allah سبحانه وتعالى.
Tidak
berapa lama selepas Rabiatul Adawiyah dilahirkan kedua-dua ibu bapanya telah
meninggal dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia
akibat kelaparan yang melanda Basra ketika itu. Rabiatul kemudiannya dipelihara
oleh seorang lelaki yang kejam.
Seterusnya
Rabiah telah dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah kepada majikan yang
sangat bengis. Dalam usia yang masih muda, beliau telah menghabiskan waktunya
dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya beliau
sentiasa berdoa ke hadrat IIiahi.
Pada
suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiatul
Adawiyah iaitu ketika Rabiah berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى katanya:
“Ya
Allah! Dikau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia sehingga aku
terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan
persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu”.
Tiba-tiba
sebaik saja Beliau selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya.
Melihat kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya Rabiah
telah dimerdekakan.
.
Memperhambakan Diri
Setelah
dibebaskan, Rabiatul Adawiyah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani
hidup dengan bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya beliau sampai ke sebuah
pondok berdekatan Kota Basra. Di situ beliau hidup seperti bertapa. Segulung
tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah, seketul batu bata. Semuanya itu
merupakan harta yang dimilikinya.
Di
pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri berdoa.
Pada suatu hari beliau telah didatangi oleh sekumpulan orang bertujuan untuk
meminangnya. Orang ramai itu adalah wakil kepada Gabenor Basra. Oleh kerana
Rabiah terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada Allah سبحانه وتعالى maka beliaupun menolak pinangan itu
dengan baik.
Pada
masa yang lain, Sufian Suri seorang soleh dan dihormati datang menemui Rabiah.
Sebaik saja Beliau sampai, Rabiah terus berdoa: “Ya
Allah! Tuhan Yang Maha Kuasa, daku mohon harta duniawi dariMu”.
Mendengar
isi doa itu, Rabiah pun menangis. Lantas Sufian Suri pun bertanya kenapa beliau
menangis, maka Rabiah pun berkata : “Harta itu sesungguhnya didapati
setelah meninggalkan segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda
hanya mencarinya di dunia ini saja”.
.
Empat Puluh Dinar
Menurut
satu riwayat, ada seorang insan telah mengirim wang sebanyak empat puluh dinar kepada
Rabiah, lantas beliau pun menangis sambil mengangkat tangannya berdoa : “Dikau
tahu Ya Allah! Aku tidak pernah meminta harta dunia dari Mu, meskipun Dikau
pencipta dunia ini. Lalu bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang,
sedangkan wang itu sesungguhnya bukan kepunyaannya”.
Setiap
kali Rabiah mengajar muridnya beliau sentiasa menasihati mereka agar jangan
menunjukkan perbuatan baik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan
menutup perbuatan baik itu sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat
mereka.
Segala
penyakit datangnya adalah atas kehendak Allah سبحانه
وتعالى kerana itu Rabiah selalu menghadapinya dengan hati yang
tabah dan berani. Rasa sakit yang bagaimanapun tidak pernah mengganggunya.
Beliau seringkali tidak menyedari ada bahagian tubuhnya yang terluka sampai
beliau diberitahu oleh orang lain.
Suatu
hari Rabiatul
Adawiyah telah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya
berdarah, kemudian seseorang telah bertanya : “Apakah anda tidak berasa
sakit?”.
Jawab
Rabiah, “Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada
Allah سبحانه وتعالى. Aku berhubung erat
dengan-Nya, aku disibukkan-Nya dengan hal-hal lain daripada apa yang kamu
rasakan”, jawabnya lembut.
Semasa
hayatnya, banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, beliau
mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang pelik-pelik.
Diriwayatkan bahawa, ketika beliau sedang menghadapi sakaratul maut, Rabiah
meminta teman-temannya meninggalkan beliau seorang diri. Kemudian beliau
mempersilakan para utusan Allah سبحانه وتعالى
datang kepadanya.
Sewaktu
teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadah,
dan ada pula suara yang menjawab: “Jiwa, tenanglah, kembalilah
kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu pada-Nya,
ini akan memberikan kepuasan kepadanya”.
Di
antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang
dipanjatkannya pada waktu malam di atas bumbung rumahnya, katanya: “Oh…Tuhanku!
Bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan
raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta sedang asyik dengan
kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu”.
Manakala
doa lainnya : “Ya Allah! Apabila aku menyembahMu kerana takutkan
neraka, bakarlah diriku di dalamnya. Bila aku menyembahMu kerana mengharapkan
syurga jauhkan aku dari sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya keranaMu, maka
janganlah Dikau tutup keindahan abadiMu”.
Rabiatul
Adawiyah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi.
Beliau telah dimakamkan di rumah tempat beliau tinggal. Ketika jenazahnya
diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut
mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya.
Cintailah
Allah سبحانه وتعالى kerana Dia mencintai
kita, tunaikanlah perintah Allah سبحانه وتعالى
kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata
kerana Allah سبحانه وتعالى sebab yang akan
menilai setiap amal adalah Allah سبحانه وتعالى.
Apabila
kita rapat dengan Allah سبحانه وتعالى
maka sudah semestinya kita akan menjadi orang kesayangan Allah سبحانه وتعالى dan semua makhluknya, dan pada hari
pengadilan nanti sudah tentu Allah سبحانه وتعالى
tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hamba-Nya yang sangat takut
kepada-Nya.
“Ya
Allah! Jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan
fahaman-fahaman karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah kamu semua
di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya akhirat itulaah tempat kami dann tujuan
hidup kami”.